Thursday, May 19, 2011

Beta Menjadi Puteri Part 1


.

Pendudukku Sekalian ini satu Kisah yang ingin beta kongsikan bersama

Deru-deru angin yang berlalu meniup sayu, bunyi seruan angin gemersik memukul jiwa senandung ini. Sedang beta asyik melayani irama indah sang angin yang bertiup di luar beranda, beta di datangi si pari-pari kecil dan jelita. Sayapnya yang berkilauan, memikat hati si pemandangnya, di dahi si pari-pari kecil terbentuk satu corak alur yang berkilauan. Senyuman si pari-pari kecil ditemani lesung pipit yang menawan hati. Si pari-pari membisikkan kata-kata halus yang menusuk seolah-olah ada hajat penting yang ingin disampaikan.

“ouh, rupanya si pari-pari kecil ada hajat, baiklah bagi beta ini suatu rancangan yang menarik untuk beta mencubanya” detus hati kecil beta

Serta merta angin yang mendayu-dayu menjadi senyap, suasana terasa sungguh kosong sebaik sahaja si pari-pari kecil mengangkat tongkat saktinya, lantas dikibaskan tongkat saktinya lalu meribaskan semburan warna pelangi yang berkilau dari tongkatnya.Angin yang menjadi senyap terus kencang meniup menerbangkan dan beta merasakan seolah-olah beta terbang tinggi dengan laju. Semburan itu kemudiannya seolah-olah bergerak sendiri lalu meyelubungi beta dan membentuk putaran. Kini, menyerap ke dalam tubuh beta lalu merubah beta dari si Pari-pari kepada Puteri Raja. Lalu si pari-pari kecil tadi membisikkan sekali lagi sesuatu ke telinga beta.

“Hai Sang Puteri Raja yang comam, lihatlah sekarang di luar beranda mu, tersedia menanti kuda terbang buatmu Sang Puteri, tahukah Puteri bahawa kuda terbang ini akan membawa Puteri kepada Putera Raja yang sudah lama menanti Puteri di Kayangan JUscO” bisik si pari-pari kecil kepada beta

“Putera Raja beta? Putera Caer? adakah Caer Putera Raja beta? adakah dia yang sangat-sangat beta rindui?,ouh benarkah ini? benarkah Putera Raja beta sedang setia menunggu beta? ouh beta tak sabar untuk berjumpanya. Adakah Putera beta juga merasakan apa yang beta rasakan ini?” kata beta sambil mengharap ini semua bukan suatu mimpi.

Lalu beta menaiki si kuda terbang yang berwarna keemasan.Sebaik sahaja beta menaikinya, beta dapat menghidu suatu haruman yang sangat wangi, lantas si kuda yang cantik keemasan mengibaskan sayapnya yang seolah-olah halimunan namun kelihatan jua kerana sayap kuda terbang itu dipenuhi dengan kilauan permata yang berkilau dengan cantik sekali. Lantas si kuda terbang melonjak ke atas dan terbang laju menyusur angin yang menderu perlahan. Beta merasakan penerbangan dengan kuda terbang itu sungguh menyeronokkan bersama dengan degupan yang berdebar ingin berjumpa dengan Putera Raja beta.

******************************************************************************

Sesampainya beta di hadapan Kayangan Jusco, lalu beta cecahkan tumit kasut beta di hadapan kayangan yang tersergam indah itu. Tak semena-mena, terasa angin mendayu-dayu membuai wajah beta, terdengar seolah-olah bunyi violin yang memainkan lagu irama yang sungguh merdu sebaik sahaja melihat Putera Raja yang dikasihi di hadapan mata beta. Bagaikan hati ini ingin luruh dan jatuh bergolek dihadapan, bagai degupan jantung ini hendak tercampak keluar dari lingkaran tubuh ini kerana degupan yang terlalu kuat dan laju melihat insan yang dicintai di hadapan mata

“ouh Puteraku yang amat ku rindui,betapa berdebarnya hati ini, kerana terlalui merindui dirimu. Adakah penantian yang menyeksakan ini turut dikau rasakan Puteraku?” kata hati kecilku namun tidak terluah oleh kata-kata

Melihat Putera Ku yang dikasihi datang menghampiri lalu dihadiahi dengan senyumannya yang manis. Betapa tampannya kamu harini mendatangi beta. Seolah-olah dunia berputar , kedengaran bunyi girang ceria ketika beta melangkah jalan bersama Putera beta. Tempat yang kami tujui untuk meluangkan waktu yang terindah ialah di gelangang pertandingan kereta-kereta gergasi yang ganas yang digelar “FAST and FURIOUS” . Sepanjang menyaksikan perlawanan sengit itu beta tersentap jua beberapa kali disebabkan beberapa aksi ganas. SENTAP EDEN. Anyways perlawanan sengit itu sungguh menerujakan beta menyaksikannya

Selepas menyaksikan perlawanan sengit itu lalu putera membawa beta ke suatu tempat untuk santapan tengah hari. Ianya suatu tempat yang indah dipenuhi dengan si pari-pari(orang) yang cantik dan tampan. Teruja menyaksikan pemandangan itu, beta tersenyum memandang ke arah putera. Pendudukku sekalian, santapan beta yang sungguh ajaib ialah McChicken yang boleh terbang. Wah buat pengetahuan semua, Ianya merupakan kali kedua beta santap McChicken seumur hidup beta ini. Hahaha lawakkan?. Selalunya santapan kegemaran beta BUBUR, ya BUBUR, yang merupakan santapan untuk orang yang gering. Kiranya pecah tradisi kali ini. Terima kasih Putera untuk santapan yang enak sekali dan ajaib. Pabila beta menyantap McChicken terbang itu, beta terasa seolah beta terbang di luar angkasa. Menerokai bintang dan planet di luar sana. Merupakan satu pengalaman yang luar biasa sekali, sungguh tak tersangka beta pengalaman ini dapat jua beta rasai. Terima kasih ya Puteraku.

******************************************************************************

Sesudah sesi santapan yang indah. Ini merupakan perkara yang terindah yang berlaku di dalam hidup beta. Nak Tahu…..nanti lah beta sambung ea..penat nak menulis

4 comments:

~RizaL~ said...

amboi dah mcm baca hikayat lama.. ada beta putera.. hehehe

farhana_acimek3 said...

hahhahahah tuh la...

nik lan nik mat said...

biarlah sy menjadi puteranye

farhana_acimek3 said...

hahahahah...kene g mendaftar di kaunter pangkat darjat daerah dan negeri dulu ehheheh