Monday, November 28, 2011

Doa ketika bersedih

Assalamualaikum
wahai penduduk yang dikasihi
bagaimanakah perjalanan kalian kali ini
seketika menempuh bahtera hidup?

Beta kini berada di pemerintahan baru dan juga
menempuh kerajaan yang baru di Putrajaya
yang xbrapa nak putra sangat ni
Baiklah dititipkan di sini
coretan yang beta nak luahkan
mungkin luahan ini hanya sebahagian yang mampu
hati ini coretkan
Terlalu besar tanggungjawab kali ini
menjadi pemaisuri dalam kerajaan hidup ini
kerana beta lah yang membuat keputusan kali ini
di bantu dengan pari-pari kecil
Kadang-kadang
pari-pari kecil ini
bermain tongkat saktinya sehingga beta turut terkena tempiasnya
bila pari-pari tempiaskan saktinya yang sedih
maka beta turut bersedih
bila pari-pari terlebih excited
beta pulak yang tersenyum macam kerang wangi

beta menyusuri liku-liku ini
berbekalkan kekuatan yang xberapa nak cukup
tapi beta pasti
kekuatan itu mampu untuk beta garapi
dari hari ke hari yang seterusnya



Sahabat
merekalah ratu-ratu beta
walau di mana
gprs koordinasi korang berapa
walau di dalam gaung yg dalam
laut yang cetek
gua yang berlubang
gigi berlubang
awan terbang Goku
kapal selam

kalian tetap sentiasa dalam ingatan
dalam doa
dalam memori
dalam kata-kata
dalam pemikiran
dalam bayangan
 dalam semburan air liur
dalam linangan air mata masin
dalam senyuman terlebih dos
dalam kerdipan mata menawan
dalam janji-janji yang di ikat kemas

Walau seluka mana beta
walau terguris mana hati beta
walau kepahitan terasa
mulut ku tetap bisa
berbicara
Tidak mengapa sahabat..
hati beta ditetapkan untuk terus memahami
seorang sahabatnya
bukankah begitu?

Tidak akan mulut dan hati ini mempersalahkan
sesiapa,apa-apa, anything,something,whateva...
kerana beta faham
beta mengerti
setiap apa yang dilakukan
pasti bersebab
seperti mana Ratu Azizah mengajar beta
perkataan ini...
seperti mana Rasulullah S.A.W
katakan perkataan ini pada malaikat

'Tidak Mengapa
Dia tidak tahu'

walau kuantnya ombak dugaan yang melanda persahabatan kita
beta tetap dengan pendirian ini

'KALIAN SENTIASA SAHABAT BETA 
JANJI TENTANG IKATAN PERSAHABATAN INI
TIDAK SESEKALI BETA MUNGKIR DAN LERAIKAN
WALAU KASIH SAYANG YANG KALIAN
BERI SEDIKIT MAHU PUN BANYAK
BETA TIDAK PANDANG SEMUA ITU
KERNA 
BETA SERAH SEPENUHNYA KASIH SAYANG BETA INI  MENJADI MILIKMU SAHABAT'

 beta titipkan doa ketika hati sedang bersedih
andai kalian bersedih
beta mengharapkan semoga ALLAH
memberikan kalian pelangi yang tersembunyi
di sebalik hujan yang menitis
kerna senyuman kalian penguat beta.



Terjemahan:

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.














1 comment:

Anonymous said...

sesungguhnya aku tidak tahu..maafkan aku sahabat...


musuh istimewa mu...