Wednesday, October 5, 2011

begitu Mudah kan sahabat

begitu mudahkan sahabat.
namun bukan mudah buat beta.
maaf.andai terpancar beta terasa
sukar tok sembunyikan perasaan ini
tika saat hati ini
kian sensitif dengan saat-saat sekarang
sekian.


mentari mempermainkan perasaan ku
entah di mana silapnya
entah di mana tak ku duga
entah di mana ku ingin mulakan
semua ini kembali

si tunggul yang berdiri tegak
menghadap cahaya suram
seolah-olah mengambarkan apa yang tersirat
dan jua tercoret buat cerita ini

terpinga-pinga
pabila daku mendengar
bayu yang angin sampaikan tentangnya
terdiam dan terpaku
tanpa apa-apa kata-kata
bibir diam seribu kata.

ingin sahaja daku diam
seribu bahasa
namun bibir ini tetap teguh menjalankan kewajipannya
kini ku tak mampu membendung
sinaran mata yang terguris.
jangan di lihat pada kejujuran mata daku.
:(

1 comment:

sea_lavender said...

nice skali ~ nk pgl puisi la kn hehe =D