Monday, March 17, 2014

cinta kanak-kanak.

Memang aku ego.

Memang aku gagahkan diri lawan untuk rasa mahu. Kerna sudah terlalu lama aku dibuai dengan rasa dibantu, hingga disatu saat aku rasa terdidik manja dengan keadaan itu.

Hilang pun tak apa,
Sepertinya ini bukan yang pertama.

Biar aku sendiri.

Biar aku belajar bagaimana cara untuk berdiri. Andai dunia hukum aku lagi, sekurang-kurangnya aku boleh bangun sendiri.

Kutip setiap rasa yang terjatuh,
Belai setiap rasa yang tak dipeduli,
Sapu tetes-tetes darah hingga satu hari dipertemukan dengan kering, walau tanpa seorang pun yang ingin iring.

Hingga dipertemukan dengan pulih. Dengan cara bagaimana? Dengan cara pertama kali aku terjatuh ditinggal orang tepi dulu. 

Bangun dengan sendiri tanpa tidak lagi mempersoal KENAPA? Malah jerit kuat-kuat hingga tertembak didada dengan ungkapan; 

"TAK APA! TUHAN ADA!"

penyumbang kata-kata hikmat ini
-http://bicarasamaawan.blogspot.com-



senget.
beta sedang menyengetkan diri dengan melihat gambar2 lama
lalu terpandang.
si dia 
si cinta kanak-kanak aku dulu..
mengimbau kembali
kenangan lalu yang sangat-sangat 
mengelikan jiwa
peneman saat aku membawa diri ke Penang
selepas UPSR..membawa diri jauh dari keluarga di Perak
tiap2 petang mesti date makan ice cream, main kejar2,
main basikal, dok merapu hape ntah..
dok main cintan cintun.. aduhaiiiii merah pipi beta

Baru-baru sebelum ni berjumpa dengan si dia ni
macam-macam cerita dikongsi..
sesungguhnya kental jugak 
situasi yang dia alami.
tak beta jangka pulak dia pernah bertunang dahulu
ermm tapi.. kisahnya berakhir dengan sedikit kesedihan..
Alhamdullilah dia dapat menerima dengan baik..

Entah bila pulak nak berjumpa lagi..
kali terakhir jumpa pun
bila si dia bawak pergi makan 
bersama si Alia yang sangat petah bercakap..
aduhaii segan bukan main agi nak kua, lagi2 dah lama tak jumpa selepas bertaun2,
Alahaii rindu pulak kat Aliaa uh..
hehehhe comel ja cara dia dok bersembang..

Kadang-kadang
menjadi kanak-kanak itu indah sangat..
seolah-olah kita takda masalah yang perlu dirisaukan
namun jadi kanak-kanak juga banyak kekangan dari orang dewasa..
harini keje beta dok mengimbas gambar lama ja..
nampak sangat kan tengah kekacauan emosi..
aish.................................. the end
macam nak menulis agi tapi stop dulu la naaa..
kesihatan tak megizinkan. nite2







No comments: