Saturday, October 18, 2014

my other princess and prince

'some journey are made to be for u.'

perjalanan yang semakin lama semakin selangkah
aku harungi setapak demi setapak.
kini dari istilah sendiri
menjadi istilah kita
pada permulaan , persoalan merangkap diri aku
-apakah mampu aku harungi perjalanan baru ini tanpa mereka-
-mampukah aku menahan rasa rindu ini pada insan yang sudah lama bersusah senang bersama beta selama hampir 3 tahun setengah?-
-mampukah aku membina semula kepercayaan pada insan baru yang dahulunya juga sukar aku mencari kepercayaan itu?-
namun persoalan ini semakin lama menimbulkan jawapannya tersendiri
setelah setahun. jawapan itu aku temui dengan sendiri ia terjawab.

"sometimes our lights goes out, but is blown again into instant flame by an encounter with another human being"

perjuangan aku di sini, kadang kala diuji dengan pelbagai ujian
kadang emosi ku diremuk, kadang minda ku rombak
kadang aku jatuh terduduk tanpa mampu untuk bangun
namun saat aku lihat insan- insan ini
di saat aku imbas semula bertapa berharapnya aku tuk berada dalam perjuangan ini
aku mampu berdiri semula.
Allah s.w.t. datangkan mereka
seolah memberitahu
aku bukan sendiri untuk rasa sengsara
aku bersama mereka untuk menyebarkan rasa bahagia.

"happiness will come to you when it comes from you. Success will be yours when you choose to take responsibility for making it so"

semoga mereka sentiasa dalam lindungNya
semoga kejayaan menjadi milik mereka
semoga senyuman itu tetap utuh kekal hingga ke akhir hayat mereka
semoga semuanya menjadi perjuangan yang tidak dilupakan

aku sayang mereka, 
aku sayang mereka dengan cara aku tersendiri.


                             











 

No comments: