Friday, June 10, 2011

KEKANDA FARAHAIDA




Buat insan ini
Lagu blog ini buat kamoo....

Tika ini jari-jari ini menaip menulis segala hati ini air mata tidak berhenti mengalir
Selama hampir belasan tahun
hubungan yang sememangnya ada tidak menampakkan sebenarnya
kita sungguh tidak serasi
tiap masa dihabiskan dengan bergaduh
rasa cemburu sering menguasai sesama sendiri

Ketika di sekolah pernah cikgu cakap
"pernah tak kamu ucapkan selamat malam tiap kali nak tidur kepada keluarga kamu?'
waktu itu, daku masih di sekolah rendah
pertama kali, daku ucapkan selamat malam pada mama dan abah excitednye!
dan daku jua excited mengucapkan pada mu Kak FAra
"Selamat Malam Kak fara" lantas cepat-cepat tidur di katil bawah kerana takut dikau marahkan daku.

Pernah terfikirkan kenapa sekarang tidak lagy daku Ucapkan?
suatu malam, ketika itu dikau tengah serabut
daku seperti biasa mengucapkan kata-kata
yang daku rasakan begitu "ajaib"
"Selamat Malam Kak Fara"
namun kata-kata itu disambut dikau dengan kata-kata kasar
"Diamlah ko, memekak je"
Terus daku palingkan muka ke sisi dan menangis di dalam dakapan selimut.

sejak detik itu, ucapan itu bukan lagi "ajaib" bagi diriku
Tiada lagy, "selamat malam mama", "selamat malam abah" dan " selamat malam kak fara"

Seiring peredaran masa yang berlalu,
tika ini daku bersyukur akhirnya
dikau terima kehadiranku dan sudi berkongsi dengan
adikmu ini..

Andai dikau tahu masa yang daku luangkan bersamamu
adalah suatu saat yang indah
Andai daku tahu
peluang untuk berbaik denganmu seperti ini
hanya sesingkat ini,
pastinya akan daku cuba mencoret tiap kenangan indah bersama
Namun sudah terlambat
kerna selepas ini, dikau akan menjauh..
Mjadi PN FARAHAIDA

Sekembalinya daku dari cuti sem kali ini
daku menangis...kerna mungkin itu akan menjadi
waktu terakhir daku luangkan masa bersama dikau
bergelak tawa, berkongsi cerita
bersama


Dalam 20 tahun
daku menjadi adikmu..
terlalu jarang perkataan ini ku ungkap
oh bukan...
memang tak pernah daku sebutkan depan-depan
dikau
perkataan ini
KAK FARA, FANA SAYANGKAN KAK FARA
sebab daku takut berhadapan dengan dirimu

Teruslah menjadi kakak yang hebat dalam hidup Fana
bila tiba saat kita berjauhan
Jangan lupakan adikmu yang di sini.
.. T_T

No comments: