Saturday, June 1, 2013

for incoming 3 month

Bismillah...
sekian lama. beta kini tekun melihat papan kekunci laptop.

perjalanan..hidup.
berlalu pantas tanpa sedar beta dihentuk pilu si pari-pari masa

Permulaan beta dimulai dengan penghijrahan mencari pekerjaan dan pengalaman baru di bumi Selangor
maka... pertemuan beta bermula dengan insan-insan yang sememangnya beta tidak terduga terjangka.. dalam diam..dalam senyap beta menyepi di kalangan mereka. namun di sebalik hati sesungguhnya meyayangi insan-insan yang bergelar sahabat. kerna sedar diri ini yang alpa menjaga perasaan dan mulut yang kadang tidak sedar menghembur kata-kata yang menguris , beta mencipta ruang dan jarak antara kami. bimbang dan khuatir andai diri ini melukai insan-insan ini. namun diri ini tak mampu melawan takdir.. mereka tetap menjadi sebahagian kehidupan beta. merekalah yang memberi warna-warna dalam coretan hidup beta yang putih. mereka juga yang memberi rentak muzik buad tarian beta. beta menerima tak kira bagaimana kepelbagaian watak yang disampaikan.. kerna bagi beta manusia itu berbeza dan perbezaan itu membawa makna pada seseorang.
sejak akhir-akhir , hati beta kian terusik.. mengenang semula memori persahabatan ini..mengenangkan bahawasanya sekiranya diri ini tidak lagi bergurau senda bersama mereka.. sekiranya diri beta tak berpeluang melihat tawa senda gurau mereka, melihat suka duka yang tergamit sepanjang perjalanan bersama mereka.

















sudah 6 bulan lebih..ukhuwah terjalin tanpa terduga. bagai tidak mencukupi bgi megenali kalian dengan lebih mendalam.
bagai tidak cukup senyuman tuk dilemparkan, bagai tidak cukup gelak tawa tok dilontarkan bersama kalian
mungkin telatah ku tak bisa menyatakan dengan jelas.. namun setiap dari kalian semua menempa rasa sayang di dalam hati ini..mungkin perlakuan tak cukup menyatakannya namun biarlah hati ini yang bisa merasa rasa rindu ini saat perpisahan nanti.
walau kehilangan salah seorang dari kalian hanya untuk sehari, cukup memberi kesan buad diri ini.. bagaimanalah pula nanti jika takdir menentukan beta pergi jauh.
buad kalian..maaf seribu maaf.. andai setiap yang beta lakukan, katakan sedikit sebanyak menguris hati kecil kalian
sesungguhnya kekadang beta tak menduga perkara sebegitu.
seandainya beta tak mampu menyertai kalian mencipta kenangan indah, beta berharap agar kebahagian dan kecerian menjadi milik tiap dari kalian.
beta berharap persahabatan ini sentiasa dalam ingatan.
beta sertai kerinduan beta dalam gamitan2 memori kita...

beta sampaikan pari-pari senyuman buad kalian
pari-pari riang,
pari-pari kegembiraan ,
pari-pari kerinduan buad kalian.
maafkan tiap kesalahan dan kesilapan beta.
dan beta jua sentiasa memaafkan kalian..


maaf beta bukan sahabat yang sempurna :).

No comments: